OWNER of this blog

Foto saya
Merupakan seorang pendidik di SMKTPG dalam matapelajaran GEOGRAFI. Telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai enam orang cahaya mata perempuan.

Jumaat, 6 Mei 2011

SABAH

SABAH negeri di bawah bayu.

Perjalan ke sabah dari semenanjung mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit dengan menaiki kapal terbang. masa agak lama tersebut boleh la disi dengan membaca bahan-bahan berilmu atau membawa komputer riba. perbezaan masa tempatan disini dengan semenanjung ialah 1 jam. kami sampai di lapangan antarabangsa kota kinabalu (KKIA) terminal 2 lebih kurang pada jam 5.00 petang. seorang keluarga kenalan anak sudi untuk mengambil kami di lapangan terbang. syukur alhamdulillah kepada keluarga tersebut kerana memudahkan perjalanan kami di sana.

Pada sesiapa yang pertama kali ke sana boleh juga menggunakan khidmat kereta sewa (mempunyai pemandu pelancong), teksi atau kenderaan lain yang disewakan secara persendirian. Harga mungkin dalam RM80 sehari ke atas bergantung kepada jenis kenderaan yang disewa.


Sampai sahaja kami terus ke tempat penginapan hotel tabung haji atau lebih dikenali sebagai kompleks tabung haji kota kinabalu yang telah ditempah sebelum itu melalui telefon. Kerana kenderaan yang ingin disewa belum sampai sewaktu kami sudah berada di hotel tabung haji, pada sebelah malamnya kami tidak berjalan kemana-mana hanya makan malam di cafe yang disediakan di tingkat 1 kerana kami sekeluarga sudah pun kelaparan. Makanan yang disediakan agak sedap tetapi harganya juga agak mahal, mungkin juga harganya mengikut kadar harga makanan di bandar kota kinabalu.


Keesokan harinya kami bertolak jam 900 pagi untuk terus ke kundasang. Sebelum memulakan perjalanan yang lama kami singgah dahulu untuk sarapan pagi di kedai muslim yang terdapat di kota kinabalu. Susah juga untuk cari sarapan pagi seperti di semenanjung contohnya nasi lemak atau kuih muih dan yang seangkatan dengannya di bandar ini. Kedai makan Islam di pusat bandar KK ini banyak dipunyai oleh india muslim (kedai mamak). Kebanyakkan pekerja dikedai-kedai tersebut ramainya pekerja islam tempatan. Penduduk tempatan islam juga membuka kedai sendiri tetapi kena pandai cari. Jadi sarapan pagi kami ialah roti canai sahaja.